ASSALAMUALAKUM...SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA..SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Khamis, 25 April 2013

BENTUK 3


Premis 1   :   Jika p, maka q.

Premis 2   :   Bukan q adalah benar.

Kesimpulan :   Bukan p adalah benar.


Contoh:


Premis 1   :   Jika hari hujan, maka Aminah datang lewat.

Premis 2   :   Aminah tidak datang lewat.

Kesimpulan :   Hari tidak hujan.


Nak  cuba jawab???

Premis 1   :   Jika x = 0, maka 3x = 0,  


Premis 2   :   ______________________.

Kesimpulan :   x  ≠ 0,  

  
Jawapan   : _________________________

PENAAKULAN MATEMATIK

BENTUK 2

Premis 1   :  Jika p, maka q.

Premis 2   :  p adalah benar.

Kesimpulan :  q adalah benar.

Contoh     :

Premis  1  :  Jika m = 2, maka 3m = 6.

Premis  2  :   m = 2.

Kesimpulan :   3m = 6


Ahad, 21 April 2013

PENAAKULAN MATEMATIK

 BENTUK 1

 Premis 1   : Semua Aadalah B.

 Premis 2   : C adalah A.

 Kesimpulan : C adalah B 

 Contoh : 1 

 Premis 1   : Semua Pentagon mempunyai 5 sisi.

 Premis 2   : Objek X adalah pentagon.

 Kesimpulan : Objek x mempunyai 5 sisi

 

 Menguji kefahaman anda, sila cuba jawab.

 Premis 1   : Semua  anak Pak Mahmod memakai cermin mata.

 Premis 2   :  Ali anak Pak Mahmod.

 Kesimpulan :  ______________________________ 




Khamis, 18 April 2013

DORONGAN SEORANG GURU

Untuk permulaan bagi menaikkan minat matematik bantuan guru diperlukan. Pembelajaran face to face  amat bermakna bagi pelajar yang lemah . Apa yang penting semangat yang tinggi..tahniah kepada pelajar ini yang rajin bertanya.Tanpa guru membantu, murid akan ketandusan matematik .
Bagi pelajar semua....usaha tangga kejayaan.

Selasa, 2 April 2013

ALGEBRA

PENAMBAHAN ALGEBRA:
Cara penyelesaian :
 Untuk operasi tambah dan tolak algebra  :
  •  Masukkan pemboleh ubah yang sama ke dalam kotak yang sama 
  •  Angka / nombor kedalam kotak nombor .
 cth.  1.    2x + 3y  + 3x + 5y

        =      2x + 3x  +    3y + 5y
        =        5x         +       8y